Friday, July 8, 2011

sedih sangat ...



Sunday, 3 July 2011


Sahabat, Betapa Dirimu Berharga

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Assalamualaikum w.b.t saudara yang dirahmati Allah.

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Riwayat di atas menerangkan bahawa pentingnya seseorang dalam memilih sahabat. Arif benar dengan sikap remaja zaman sekarang (termasuk saya) yang lebih gemar berbincang, bertukar pendapat dan berkongsi masalah dengan sahabat.Jadi, untuk pastikan yang kita bersahabat dengan orang yang soleh dan solehah, pastikanlah dulu diri kita ni soleh dan solehah..

Saudaraku, saya mempunyai ramai kawan. Tapi, sahabat cuma beberapa orang. Benarlah kata pepatah, teman ketawa ramai, teman menangis keseorangan... Setiap manusia itu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan diri kita dan sahabat kita.

Mungkin hari ini, sahabat kita dalam kesusahan. Ayat yang keluar dari bibir kita cuma " Ala, dia dah besar. Pandailah settle sendiri." atau mungkin " Malaslah nak tolong dia. Dahlah susah datang sekolah, nak datang perjumpaan lagi laa hampeh. Buat apa nak tolong orang macam tu." mungkin juga " Aku tak boleh laa kawan dengan dia. Dahlah sombong, mengada-ngada, poyo pula tu!." Macam-macam ayat yang keluar dari bibir kita. Kadang-kadang kita tak sedar, sebenarnya sahabat yang kita kata sombong, mengada-ngada, dan sebagainya rupa-rupanya sama saja macam kita.

Sebab apa saya cakap macam tu, sebab species yang sama akan melihat species yang serupa. Katakanlah wahai saudaraku, kalau kamu tak serupa dengannya. Kenapa masih berbunyi mulutmu tentang perlakuan mazmumahnya. Mengapa masih ada bicara dari mulutmu tentang keburukannya. Bukankah itu juga dikira sombong? Sombong untuk memperbetulkan hal yang kita tahu salah. Bukankah itu juga poyo, poyo dalam mengatakan diri sendiri lebih bagus darinya. Bukankah??

Hidup ini bagaikan roda, kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah. Kadang-kala sahabat memerlukan kita, dan kadang-kala sebaliknya. Pada saya sahabat tu umpama salah satu kepingan dalam puzzle kehidupan, andai satu darinya hilang atau terluka maka seluruh kehidupan akan terasa pincang...
Cubalah saudara pejamkan mata seketika, bayangkan andai dalam dunia ini tiada manusia yang bernama SAHABAT. Setiap masa kita keseorangan, bekerja, belajar, memasak, makan dan tidur.Semuanya keseorangan tanpa seseorang bernama sahabat. Pastinya kehidupan terasa hambar, tawar, bosan dan sebagainya.


Saudara, bayangkanlah andai hari ini adalah hari terakhir kita melihat sahabat kita. Ketawa bersamanya, bergurau dengannya. Berkongsi cerita dengannya, dan duduk semeja bersamanya. Bayangkanlah andai esok tiada lagi dia yang bernama sahabat. Betapa diri kita pernah melukainya, diri kita pernah menyakitinya. Namun, dia tetap tersenyum, bersorak saat kita gembira, menghulur bahu saat kita kesusahan. Sebab apa?? sebab dia ikhlas dalam menjalin persahabatan. Adakah KITA ikhlas bersama dengannya? atau kita hanya berkawan dengannya sebab kelebihannya? atau kita bersahabat dengannya sebab dia banyak harta?? benarkah kita ikhlas dalam menjalin persahabatan? benarkah?? renungkanlah saudaraku...


Hari ini hidup kita penuh dengan ketawa, penuh dengan kegembiraan tanpa terselit satu kepayahan.. kalaupun ada terluka perasaan dan jiwa, ianya akan cepat sembuh kerana ada seseorang... yang bernama sahabat. Sahabatlah racun,sahabatlah penawar. Sedar tak kehidupan kita banyak bergantung dengan sahabat?
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

Bermulanya saat ini, bermulanya hari ini...cubalah hargai sahabatmu setulusnya... setiap manusia itu punya kelemahan dan kelebihan... Tak salah kalau kita bertolak ansur dengan kelemahan sahabat dan memuji kelebihannya... Tanpa sahabat, dunia ini takkan menjadi sebegini akrab dan erat.. 

Sebagaimana sebuah hadis ada menyebut:

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)

Saudaraku, jika kamu menyayangi sahabatmu kerana kekayaannya, maka satu hari kamu akan menyesal kerana kekayaan itu milik Yang Maha Kaya.. Seandainya kamu mencintai sahabatmu kerana kecantikannya, sedarlah kamu bahawa satu hari kamu akan mengeluh apabila melihat wajahnya, kerana kecantikan itu milik Allah Yang Maha Esa. Namun, seandainya kamu menyayangi sahabatmu dengan setulus hatimu dan seadanya dia, ketahuilah kamu bahawa kamu tidak akan berpaling dari rahmat Allah... 

Saudaraku banyak cara untuk menzahirkan rasa bangga, sayang dan tulusnya erti persahabatan itu. Luahkanlah andai benar kamu menyayanginya sebagai seorang sahabat. Sepertimana sebuah riwayat Abu Daud menyebut:

Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Akhir kalamku, saya cuma nak kata bahawa dunia ini tak akan sempurna tanpa seseorang bernama sahabat. Rasulullah yang mulia turut memerlukan bantuan para sahabat untuk meneruskan jihad membawa agama Islam, selain mempertahankan maruah agama suci ini. Peganglah tali Allah

No comments:

Post a Comment