Saturday, July 23, 2011

XNAK !

Aduh !!
xnk blik asrama . rse skejap jewp ari AHAD ..
http://matcuoi.comsdey ar ... tlong la kwn .. xnk blik .. argg .. benci i tau .

Thursday, July 14, 2011

Pengorbanan seorang sahabat

 Pada suatu ketika rakyat Vietnam hidup di dalam negara yang dihujani peluru-peluru dan bom-bom di sana-sini.. Tidur mereka seringkali dikejutkan dengan bunyi letupan-letupan bom..

Pada suatu hari, satu letupan bom berlaku di satu kawasan perumahan.. seorang budak telah terkena serpihan ledakan bom tersebut.. Pada ketika itu, bantuan rawatan telah dibantu oleh pihak Prancis.. doktor-doktor dan jururawat yang ada tidak begitu fasih dengan bahasa Vietnam.. hanya boleh bertutur menggunakan buku rujukan bahasa yang mereka ada..

Anak kecil itu cedera parah.. banyak kehilangan darah.. dan ketika itu memang tiada simpanan darah.. dan doktor perlu pergi meminta derma darah dari rakyat Vietnam yang lain.. Dengan bahasa yang agak tidak lancar, doktor tersebut menceritakan kepada rakyat Vietnam untuk mencari sesiapa yang boleh membantu anak kecil tersebut..

Rakyat Vietnam semua berpandangan satu sama lain.. tiada yang mampu untuk mendermakan darah.. doktor itu pun menjelaskan lagi bahawa, jika anak kecil itu tidak mendapat tambahan darah dalam masa terdekat ini, anak tersebut akan mati..

TIdak lama kemudian, seorang anak kecil angkat tangan dengan sukarela untuk mendermakan darah.. semasa proses nak memulakan perdermaan darah tersebut, anak kecil yang sudi mendermakan darah tersebut menangis teresak-esak.. doktor dan jururawat dari Prancis itu pun bertanyakan padanya,
"anda lapar?"
"tidak" jawab nya..
"sakit ke?" tanya doktor lagi..
"tidak" jawabnya..
"anda takut dengan jarum ni" tanya doktor sambil menunjukkan jarum tersebut..
"tidak" masih sama jawapan yang di jawab..

Doktor dan jururawat itupun bergegas memanggil jururawat Vietnam untuk bertanyakan pada anak tersebut takut0takut anak tersebut tidak memahami apa yang ditanya oleh mereka.. selepas ditanya oleh jururawat Vietnam tersebut.. anak tersebut menjawab,
"saya taknak mati.. saya nak derma darah tapi tidak mahu mati.."

Anak tersebut tidak tahu bahawa derma darah tidak akan mematikan kita.. darah yang diambil hanya sedikit sahaja dari badan kita..

Bayangkan lah.. seorang anak kecil yang hanya tahu akan mati bile menderma darah berani untuk dermakan darahnya.. besarnya pengorbanannya.. doktor pun bertanya pada anak tersebut,
"mengapa kamu sanggup menderma darah kalau kamu hanya tahu derma darah itu kamu akan mati?"
dengan nada tersekat-sekat anak tersebut menjawab,
"budak kecil yang cedera itu kawan baik saya"
berderai air mata doktor tersebut mendengarnya.. pengorbanan seorang sahabat..


Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka..
Sayangi mereka di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata..
Perhatikan mereka di kala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja..
Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya Ya Allah..
Kerana ku ingin mereka selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemunya di syurga..
Amiin..
Kepada sahabat-sahabat yang ku sayangi..
Sesungguhnya diri ini banyak kelemahan.. banyak kekurangan..
Tanpa sokongan serta nasihat yang tidak putus-putus dari kalian, diri ini akan terus hanyut ditipu permainan dunia serta lupa kehidupan kekal di Akhirat..
Terima kasih di atas segalanya..
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian..
Semoga ukhwah kita diberkati.. diredhai.. dan dirahmati serta kekal selamanya hingga ke akhirat..
Sesungguhnya diri ini beruntung mempunyai sahabat sejati yang sama-sama berjuang mencari keredhaanNYA..
Uhibbukum fillah..

Wednesday, July 13, 2011

Surat cinta untuk ex-BOYFREN

Kekasihku yang dirindui...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini. :-(

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
Kekasihmu..

     


                                                                  
                                                                        so sweet

Tuesday, July 12, 2011

Melepaskan rindu .

http://matcuoi.comsusah nye nk cari penawar kalu da ptoz cinta an .. emm .. kdang2 ble da ptoz tu rse mnyesal sgt2 .. dlm kpale pikir mcm2 .. "MENYESAL NYE AKU PTOZ NGN DY" dlu mse dy de aq wat donno jewp ble dy wat aq eppy ..rse mcm knak2 ribena tuhh ..http://matcuoi.comtpi skrang sunyi sgt2 .. mcm dduk sorang2 dlm umah .. dlu slalu bkak fb jewp chat ngn dy smpai pgi buta tpi skrang da lain .. bkak fb tngok wall dy ,, pnoh dgn game .. emm ,, kdang2 tu tgn nye gtal nk chat ngn dy tpi malu la plax kn ..mse dy ajak aq,dayah,ummi n rmai lagi larh pegi BP MALL ,, kteorg pegi sme2 .. bes sgt2 .. mse tu x trkata gembire nye .. tpi skrang ble pegi BP MALL jewp mcm nk mnangis ..http://matcuoi.comssah sgt nk lpe kn dy .. sbb dy dlu slalu wat aq gmbire .. x silap aq ,, dy x pernah mara .. ble dgr nme dy jewp msti ingt dy .. kdang2 tension jgk kpale otak niy asik pikir psal dy jewp ..http://matcuoi.com..indah nye mse kte kapel dlu .. sjak aq ptoz ngn dy ,, jrang kteorg chatting .. ptoz cinta jewp mcm ptoz kwn .. kwn aq ckap kalu nk lpe kn dy wat la pe2 yg brfaedah ..http://matcuoi.comtpi wat pe2 jewp msti ingt dy .. emm .. rindu sgt2 .. 


Ya Allah SWT
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan periharalah aku dari kekecewaan
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....



tabah kan lah aku YA ALLAH .. mse ptoz dgn dy dlu nk mkn pon xde slera .. http://matcuoi.comkdang2 aq ckap sorang2 ,, BODOHNYE AKU .. nape aq wat camni hnye krane dy .. x msuk akal tol .. emm .. tawakal jewp lah .. aq arap dy brjaya didunia dn akhirat .http://matcuoi.comAMIN .. k la .. nk mndi lah .. korang ni bce jewp x bau busuk ker ? hehe .. k la .. tata ! assalamualaikum .http://matcuoi.com

Menyampah !!

http://matcuoi.commenyampah thap gaban seyh .. tdi aq pegi ospital then aq dduk ar blakang sorang mamat niy .. pastu si mkwe dy niy dtg ar ckap "LAMENYE". pastu dy bleh pkol2 mnja kt si mamat niy .. eee .. GEDIK btol la minmat(minah vs mamat) niy .http://matcuoi.com..mnyampah nyeee .. k la .. tu jewp sbenarnye .. hehe ..http://matcuoi.comjgn mwa au .. nnti mke brkedut ..http://matcuoi.com

Monday, July 11, 2011

Jangan Sebut .!

http://matcuoi.comfed up nye bile kwn ske ckap tntang CINTA .nak sruh ckap bape kali larh x pham2 gax .. nnti ble aq jerit PEKAK plax ..http://matcuoi.commaap lah .. trkasar bhasa lax an .. abes tuh ,, dri PAGI -------> MALAM asek psal BOYFREN ko jewp .. kdang2 aq pn da mlaz nk dgr .. dgr pon nk x nk jewp sbenarnye ..http://matcuoi.com..maap lah kwn ye .. bkn nk skitkan ati ko cme brubah lah skit .. xkn x de laki x bley idop .. ?? http://matcuoi.com..tlong lah pham ye .. bkan aq sorang jewp yg da fed up dgn ko .. rmai lgi lar .. aq pham ko ,, aq thu ko tgh FALL IN LOVEhttp://matcuoi.comorg da jtuh cinta nk wat camne an .. aq pham ko pon sbb dlu aq pon pnah jtuh cinta .. mcm ko jgak .. smpai mlaz rse nye nk blajo .. tpi ble da ptoz rse mcm nk TUMBUK jewp ...http://matcuoi.com...nsib bek aq leh SABAR lgi .. kalu x !! abes bdax tuh .. kalu ko bce lah ,, aq arap sgt ko brubah .. brubah skit2 pon jdik larh ..k la .. tata .. THE LOVELY RAI nak jln2 ..http://matcuoi.com

Sunday, July 10, 2011

TINGTONG

http://matcuoi.comPeningnyee ..math ? integer?arggg ..http://matcuoi.compening au ... emm .. asek ngadap buku .. otak jdi TINGTONG..da lah .. jom main plax .. http://matcuoi.com.....oke .. aq nk ucap kn bebanyak trimas kpade KORANG sbb da tlong aq update blog niy ..aq nk crite something au .. aq skrang ni jdi DETECTIVE ..http://matcuoi.comAq nk siasat tntang SOMEONE SPECIAL..Dy tuh plix larh .. kdang2 peramah ,, kdang2 panas baran ..http://matcuoi.comemm .. plix tol laki zaman skrang kan ..uke lar .. bdax tuh tgah on9 so aq nk tnye soalan yg x brape pnting bgi dy but bgi aq pnting yg tramat sgt .k lah .. bubye .http://matcuoi.com..

Pekse ..

http://matcuoi.comstudy ye cyunk .. jgn mse pekse tuh tido lax !! eh ? jgn sla pham lax .cyunk yg aq mksud kn tu AKU .  http://matcuoi.com.. jgn slah pham lax ek ..  http://matcuoi.com mak da mawa tuh .. "jangan asyik main laptop jewp .. tengok lah buku tuh".. da kene mara sudah .. so pe lgi .. nk pegi study larh niy .. nnti kalu de mse owner  akn update blog agy uke .. http://matcuoi.comBUBYE ..

DAERAH CINTA SEORANG HAMBA


Bismillahirahmannirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.


Riwayat dari Abu Assakirr dan Dailami


Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

"Sesiapa yang (jatuh cinta)kepada sesuatu lalu ia cuba menjauhkannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya kemudian ia mati,matinya adalah MATI SYAHID."





Hari ini barulah saya tahu dan faham dengan jelas, betapa HEBATNYA ganjaran buat orang yang menyimpan perasaan kasihnya buat seseorang. Namun, bukan mudah untuk memendam perasaan bukan?? Terasa ingin pecah dada apabila tak mampu nak luahkan perasaan tak kira marah, suka, kecewa, gembira mahupun cinta.
Tapi, tak sukar bagi orang yang benar2 mahukan tempat yang indah di sisi Allah... Adakah kita sanggup memendam perasaan yang indah itu, semata-mata untuk mengejar cinta dari Allah?? Kalau jawapan anda ya, ALHAMDULILLAH... kalau masih tidak, mungkin kita sama-sama perlu bermusahabah diri..

tidak mngapa andai terseksa jiwa kerana cinta yang binasa, kalau tak mampu menahan kesakitan, biarkan jiwa terbang menuju Rabbnya.




Saudaraku, saya ingin berkongsi kisah rakan saya yang saya kenali melalui FB sejak 4 tahun lalu.. Walaupun ketika itu dia berumur 25 tahun iaitu 10 tahun lebih dewasa dari saya, namun kami boleh menjadi rakan yang sangat rapat.Katanya umur tak membezakan apa-apa kecuali kematangan seseorang..ceh wah....hihihi.. berbalik kepada cerita, Kak Yaya merupakan seorang pelajar di universiti Ain-Syams dalam jurusan medic.. Awal tahun 2008, dia pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran.

Tak sampai sebulan pulang ke Malaysia, keluarganya menjodohkan dia dengan seorang lelaki lulusan UIA, saya tak pasti bahagian apa... Lelaki ni, anak kwan ibunya,... Kak Yaya tak mampu nak menolak, hanya mampu bertawakal, dia turut melakukan solat Istikharah...Mungkin Allah memberikan petunjuk yang baik buatnya sehingga dia menerima lamaran lelaki itu...Alhamdulillah, majlis pertunangannya berjalan lancar...

Perjanjian dibuat ialah, tunang setahun kemudian bernikah. Sepanjang tempoh pertuanangan, Kak Yaya dan tunangnya (Abg Muslih) tak pernah bersua muka, berbicara, bertelefon, berSMS, melihat gambar apatah lagi berbual panjang. Segala maklumat yang ingin dibincangkan, disampaikan melalui pengantara. Alhamdulillah, saya amat bersyukur masih ada pasangan sebegini pada zaman ini.

5 bulan selepas bertunang, Abang Muslih menyambung pengajiannya di peringkat PhD di  Finland atau Ireland .. saya kurg pasti... melalui pengantara Kak Yaya diberitahu..Syukur kpd Allah, Kak Yaya menerimanya dengan senang hati...Masa berjalan bagaikan angin, sekejap sahaja sudah pun setahun... Sebulan sebelum mejlis pernikahan mereka, Abang Muslih pulang  ke Malaysia untuk membuat persiapan..

x sabarnya bergelar suami dan isteri..

Kak Yaya dan Abang Muslih masih lagi bertahan dengan tidak langsung pernah berhubung, ber e-mel, bertelefon atau mengutus surat... Saya masih ingat, pada hari Abang Muslih dijadualkan pulang ke Malaysia, Kak Yaya ada memberitahu saya bahawa dia sudah tak mampu nak sembunyikan perasaan mahu melihat wajah bakal suaminya.Katanya dia berharap agar penantiannya selama hampir setahun akan mendapat pehala di sisi Allah..Saya hanya ketawa dan menaip, 'Sabar kak, Allah kata, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.Saya yakin, pasti akak akan bahagia bersama dia.' Dia hanya mengaminkan...

Alhamdulillah, setelah setahun tak pernah bersua muka, akhirnya mereka disatukan dalam majlis yang meriah... Kak Yaya kata, dia lega sangat akhirnya kini dia telah menyandang gelaran isteri kepada Abang Muslih...



Kini, setelah hampir 4 TAHUN mendrikan rumah tangga, Kak Yaya dan Abg Muslih dikurniakan 3 orang anak..2 lelaki dan seorang perempuan.. MasyaAllah, siapa kata jodoh yg ditentukan ibu bapa tak mampu berkekalan?? Kini Abang Muslih dan Kak Yaya hidup bahagia sangat...Abang Muslih dan Kak Yaya juga membuat kelas mengaji setiap petang di rumahnya... SubhanAllah, moga hidup mereka terus dilimpahi rahmat Allah..

Kesimpulannya, cinta itu adalah satu perasaan hebat yang dikurniakan oleh Allah...Jangan kerana cinta, kini tersungkur di lembah neraka... Jadikan cinta, pusat dakwah menuju syurga...Keberkatan itu ada di mana2, hanya kita yyang mesti pandai mencarinya...

Wallahu'alam..Assalamualaikum w.b.t

Friday, July 8, 2011

Kata-kata hikmah

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
 
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

Kenapa ?

KITA BERTANYA : KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami
telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ATAU BEGITU KECEWA ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah. dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika
kamu orang yg beriman.”

-Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA ?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKAN AKU PEROLEHI
DARI SEMUA INI?
MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka… ?

-Surah At-Taubat ayat 111


DAN KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ?
AL-QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.”

-Surah At-Taubat ayat 129


KITA BERKATA : AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA !
LANTAS AL-QURAN MENJAWAB


“……dan jgnlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersabar dan sentiasa redha dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah. Moga-moga Allah S.W.T. akan memberikan balasan yg tak tergambar indahnya di akhirat kelak… insyaAllah. Tatkala kamu menghadapi kesusahan, igtlah sesungguhnya ada ramai lagi orang yang menderita dengan kesusahan yang lebih dahsyat dari kita, dan tatkala kita mengalami kesenangn pula, ingatlah yang segalanya datang dari Allah S.W.T dan ianya boleh hilang bila-bila masa sahaja. Segala puji bagi Allah S.W.T. pemilik sekalian alam ini, wallahu’alam..

Ayah ,, kasihmu terindah buatku ..

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Assalamualaikum saudaraku yang dirahmati Allah..

Ayah, betapa pentingnya seorang lelaki ini dalam kehidupan kita... Ayah lah yang mencari nafkah saat ibu menguruskan hal ehwal rumah tangga, ayah juga yang menghantar dan menjemput ke sekolah.. Ayah yang bersengkang mata mengambil 'O.T' semata-mata untuk menyuap sesuap nasi buat isteri dan anaknya di rumah.. Biarpun kadang-kala tidak ternampak pengorbanan seorang lelaki bergelar ayah, namun cukuplah baginya melihat zuriatnya berjaya.. Tidak diminta untuk membalas jasanya yang tidak ternilai harganya...


ayah memimpin kala kita membuat kesalahan, ayah menunjuk kala kita kebingungan.




Walau terkadang, bahasanya menghiris perasaan.. Walau kadang-kala perlakuannya tak mempamerkan kasih sayangnya,namun sedarkah kita, mungkin kita yang terlalu banyak melukai perasaan seorang ayah.Sehingga ayah menitiskan air matanya tanpa pengetahuan kita, dan menghapus kembali air matanya kerana tidak mahu diketahui sayangnya??

Setiap hari, KITA kata dengan ayah 'Ayah, minta duit, buat belanja sekolah.. Ayah minta duit,nak beli buku..Ayah minta duit, nak pergi beli beg baru..Ayah minta duit, nak beli novel baru....'  BETUL TAK??
Setiap hari juga, ayah bangkit dari lenanya dengan hanya satu azam dan impian, dia ingin membahagiakan kita dengan apa sahaja yang kita inginkan... Walau ayah terpaksa mengikat perut di tempat kerjanya, walau ayah terpaksa menahan rasa lapar dan dahaga, namun tidak mengapa..Semuanya untuk anak kesayangannya..

ayah sayang kita umpama dia menyayangi nyawanya...

Saudaraku yang dikasihi Allah, hari ini...tanyalah pada diri kita sendiri... Sudahkah kita membuat ayah bangga dengan pencapaian kita? Sudahkah kita melihat ayah tersenyum gembira dengan perbuatan kita terhadapnya? Sudah adakah wang yang diberikan untuk ayah walau hanya sepuluh ringgit? Sudahkah kita pulang ke kampung setiap ada kelapangan untuk menziarahi ayah dan ibu?

Atau, hari ini kita masih melihat ayah derita menanggung anaknya yang sudah dewasa? atau hari ini ayah masih berkeringat membanting tulang empat keratnya untuk menyara anak bujangnya yang lena di rumah? Atau ayah yang menjadi hamba kepada anaknya? Atau ayah yang tua bangun setiap pagi, mencari rezeki, bila dapat duit, anaknya yang enjoy sana sini?..Ayah, mencari lagi duit buat anaknya untuk enjoy, tapi ayah mengikat perut, menahan lapar, menyekat kemahuannya membeli apa yang diimpikannya. Namun, dia tetap tersenyum, tetap mampu menyembunyikan walang hatinya....kerana, "Semuanya untuk anakku."

Tanyalah diri kita ini saudaraku, dari kecil ayah menjaga, mangasuh, mendidik, menampung keperluan dan berkorban... Adakah sehingga matanya tertutup buat selamanya dia masih perlu membanting tulang empat keratnya yang sudah tak segagah dulu untuk menampung anaknya yang duduk berehat mangganggur di rumah?

Tutuplah matamu seketika, bayangkan andai hari ini adalah hari terakhir kamu melihat wajah tua ayahmu, melihat dia tersenyum, ketawa, marah, cinta dan kasih di wajah indahnya...mendengar dia menasihati, mendengardia membebel, melihat dia tersenyum, melihat dia berkeringat menahan kepenatan... Sedangkan, sehingga hari ini masih tiada apa yang kita berikan untuk ayah, yang boleh membuatkan dia bangga..... :-(

Sama-sama kita memperbetulkan apa yang salah, jangan sampai kita terkilan kerana kesalahan sendiri... Ayah dan keluarga itu anugerah terindah, sekali dianugerahkan oleh Allah, hargainya, sayanginya..kerana mungkin, esok dia akan pergi buat selama-lamanya...

Wallahu'alam..

Assalamualaikum w.b.t

sedih sangat ...



Sunday, 3 July 2011


Sahabat, Betapa Dirimu Berharga

Bismilahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Assalamualaikum w.b.t saudara yang dirahmati Allah.

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Riwayat di atas menerangkan bahawa pentingnya seseorang dalam memilih sahabat. Arif benar dengan sikap remaja zaman sekarang (termasuk saya) yang lebih gemar berbincang, bertukar pendapat dan berkongsi masalah dengan sahabat.Jadi, untuk pastikan yang kita bersahabat dengan orang yang soleh dan solehah, pastikanlah dulu diri kita ni soleh dan solehah..

Saudaraku, saya mempunyai ramai kawan. Tapi, sahabat cuma beberapa orang. Benarlah kata pepatah, teman ketawa ramai, teman menangis keseorangan... Setiap manusia itu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan diri kita dan sahabat kita.

Mungkin hari ini, sahabat kita dalam kesusahan. Ayat yang keluar dari bibir kita cuma " Ala, dia dah besar. Pandailah settle sendiri." atau mungkin " Malaslah nak tolong dia. Dahlah susah datang sekolah, nak datang perjumpaan lagi laa hampeh. Buat apa nak tolong orang macam tu." mungkin juga " Aku tak boleh laa kawan dengan dia. Dahlah sombong, mengada-ngada, poyo pula tu!." Macam-macam ayat yang keluar dari bibir kita. Kadang-kadang kita tak sedar, sebenarnya sahabat yang kita kata sombong, mengada-ngada, dan sebagainya rupa-rupanya sama saja macam kita.

Sebab apa saya cakap macam tu, sebab species yang sama akan melihat species yang serupa. Katakanlah wahai saudaraku, kalau kamu tak serupa dengannya. Kenapa masih berbunyi mulutmu tentang perlakuan mazmumahnya. Mengapa masih ada bicara dari mulutmu tentang keburukannya. Bukankah itu juga dikira sombong? Sombong untuk memperbetulkan hal yang kita tahu salah. Bukankah itu juga poyo, poyo dalam mengatakan diri sendiri lebih bagus darinya. Bukankah??

Hidup ini bagaikan roda, kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah. Kadang-kala sahabat memerlukan kita, dan kadang-kala sebaliknya. Pada saya sahabat tu umpama salah satu kepingan dalam puzzle kehidupan, andai satu darinya hilang atau terluka maka seluruh kehidupan akan terasa pincang...
Cubalah saudara pejamkan mata seketika, bayangkan andai dalam dunia ini tiada manusia yang bernama SAHABAT. Setiap masa kita keseorangan, bekerja, belajar, memasak, makan dan tidur.Semuanya keseorangan tanpa seseorang bernama sahabat. Pastinya kehidupan terasa hambar, tawar, bosan dan sebagainya.


Saudara, bayangkanlah andai hari ini adalah hari terakhir kita melihat sahabat kita. Ketawa bersamanya, bergurau dengannya. Berkongsi cerita dengannya, dan duduk semeja bersamanya. Bayangkanlah andai esok tiada lagi dia yang bernama sahabat. Betapa diri kita pernah melukainya, diri kita pernah menyakitinya. Namun, dia tetap tersenyum, bersorak saat kita gembira, menghulur bahu saat kita kesusahan. Sebab apa?? sebab dia ikhlas dalam menjalin persahabatan. Adakah KITA ikhlas bersama dengannya? atau kita hanya berkawan dengannya sebab kelebihannya? atau kita bersahabat dengannya sebab dia banyak harta?? benarkah kita ikhlas dalam menjalin persahabatan? benarkah?? renungkanlah saudaraku...


Hari ini hidup kita penuh dengan ketawa, penuh dengan kegembiraan tanpa terselit satu kepayahan.. kalaupun ada terluka perasaan dan jiwa, ianya akan cepat sembuh kerana ada seseorang... yang bernama sahabat. Sahabatlah racun,sahabatlah penawar. Sedar tak kehidupan kita banyak bergantung dengan sahabat?
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

Bermulanya saat ini, bermulanya hari ini...cubalah hargai sahabatmu setulusnya... setiap manusia itu punya kelemahan dan kelebihan... Tak salah kalau kita bertolak ansur dengan kelemahan sahabat dan memuji kelebihannya... Tanpa sahabat, dunia ini takkan menjadi sebegini akrab dan erat.. 

Sebagaimana sebuah hadis ada menyebut:

"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)

Saudaraku, jika kamu menyayangi sahabatmu kerana kekayaannya, maka satu hari kamu akan menyesal kerana kekayaan itu milik Yang Maha Kaya.. Seandainya kamu mencintai sahabatmu kerana kecantikannya, sedarlah kamu bahawa satu hari kamu akan mengeluh apabila melihat wajahnya, kerana kecantikan itu milik Allah Yang Maha Esa. Namun, seandainya kamu menyayangi sahabatmu dengan setulus hatimu dan seadanya dia, ketahuilah kamu bahawa kamu tidak akan berpaling dari rahmat Allah... 

Saudaraku banyak cara untuk menzahirkan rasa bangga, sayang dan tulusnya erti persahabatan itu. Luahkanlah andai benar kamu menyayanginya sebagai seorang sahabat. Sepertimana sebuah riwayat Abu Daud menyebut:

Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Akhir kalamku, saya cuma nak kata bahawa dunia ini tak akan sempurna tanpa seseorang bernama sahabat. Rasulullah yang mulia turut memerlukan bantuan para sahabat untuk meneruskan jihad membawa agama Islam, selain mempertahankan maruah agama suci ini. Peganglah tali Allah