Sunday, July 10, 2011

DAERAH CINTA SEORANG HAMBA


Bismillahirahmannirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.


Riwayat dari Abu Assakirr dan Dailami


Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

"Sesiapa yang (jatuh cinta)kepada sesuatu lalu ia cuba menjauhkannya lalu menyembunyikannya didalam hatinya kemudian ia mati,matinya adalah MATI SYAHID."





Hari ini barulah saya tahu dan faham dengan jelas, betapa HEBATNYA ganjaran buat orang yang menyimpan perasaan kasihnya buat seseorang. Namun, bukan mudah untuk memendam perasaan bukan?? Terasa ingin pecah dada apabila tak mampu nak luahkan perasaan tak kira marah, suka, kecewa, gembira mahupun cinta.
Tapi, tak sukar bagi orang yang benar2 mahukan tempat yang indah di sisi Allah... Adakah kita sanggup memendam perasaan yang indah itu, semata-mata untuk mengejar cinta dari Allah?? Kalau jawapan anda ya, ALHAMDULILLAH... kalau masih tidak, mungkin kita sama-sama perlu bermusahabah diri..

tidak mngapa andai terseksa jiwa kerana cinta yang binasa, kalau tak mampu menahan kesakitan, biarkan jiwa terbang menuju Rabbnya.




Saudaraku, saya ingin berkongsi kisah rakan saya yang saya kenali melalui FB sejak 4 tahun lalu.. Walaupun ketika itu dia berumur 25 tahun iaitu 10 tahun lebih dewasa dari saya, namun kami boleh menjadi rakan yang sangat rapat.Katanya umur tak membezakan apa-apa kecuali kematangan seseorang..ceh wah....hihihi.. berbalik kepada cerita, Kak Yaya merupakan seorang pelajar di universiti Ain-Syams dalam jurusan medic.. Awal tahun 2008, dia pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran.

Tak sampai sebulan pulang ke Malaysia, keluarganya menjodohkan dia dengan seorang lelaki lulusan UIA, saya tak pasti bahagian apa... Lelaki ni, anak kwan ibunya,... Kak Yaya tak mampu nak menolak, hanya mampu bertawakal, dia turut melakukan solat Istikharah...Mungkin Allah memberikan petunjuk yang baik buatnya sehingga dia menerima lamaran lelaki itu...Alhamdulillah, majlis pertunangannya berjalan lancar...

Perjanjian dibuat ialah, tunang setahun kemudian bernikah. Sepanjang tempoh pertuanangan, Kak Yaya dan tunangnya (Abg Muslih) tak pernah bersua muka, berbicara, bertelefon, berSMS, melihat gambar apatah lagi berbual panjang. Segala maklumat yang ingin dibincangkan, disampaikan melalui pengantara. Alhamdulillah, saya amat bersyukur masih ada pasangan sebegini pada zaman ini.

5 bulan selepas bertunang, Abang Muslih menyambung pengajiannya di peringkat PhD di  Finland atau Ireland .. saya kurg pasti... melalui pengantara Kak Yaya diberitahu..Syukur kpd Allah, Kak Yaya menerimanya dengan senang hati...Masa berjalan bagaikan angin, sekejap sahaja sudah pun setahun... Sebulan sebelum mejlis pernikahan mereka, Abang Muslih pulang  ke Malaysia untuk membuat persiapan..

x sabarnya bergelar suami dan isteri..

Kak Yaya dan Abang Muslih masih lagi bertahan dengan tidak langsung pernah berhubung, ber e-mel, bertelefon atau mengutus surat... Saya masih ingat, pada hari Abang Muslih dijadualkan pulang ke Malaysia, Kak Yaya ada memberitahu saya bahawa dia sudah tak mampu nak sembunyikan perasaan mahu melihat wajah bakal suaminya.Katanya dia berharap agar penantiannya selama hampir setahun akan mendapat pehala di sisi Allah..Saya hanya ketawa dan menaip, 'Sabar kak, Allah kata, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.Saya yakin, pasti akak akan bahagia bersama dia.' Dia hanya mengaminkan...

Alhamdulillah, setelah setahun tak pernah bersua muka, akhirnya mereka disatukan dalam majlis yang meriah... Kak Yaya kata, dia lega sangat akhirnya kini dia telah menyandang gelaran isteri kepada Abang Muslih...



Kini, setelah hampir 4 TAHUN mendrikan rumah tangga, Kak Yaya dan Abg Muslih dikurniakan 3 orang anak..2 lelaki dan seorang perempuan.. MasyaAllah, siapa kata jodoh yg ditentukan ibu bapa tak mampu berkekalan?? Kini Abang Muslih dan Kak Yaya hidup bahagia sangat...Abang Muslih dan Kak Yaya juga membuat kelas mengaji setiap petang di rumahnya... SubhanAllah, moga hidup mereka terus dilimpahi rahmat Allah..

Kesimpulannya, cinta itu adalah satu perasaan hebat yang dikurniakan oleh Allah...Jangan kerana cinta, kini tersungkur di lembah neraka... Jadikan cinta, pusat dakwah menuju syurga...Keberkatan itu ada di mana2, hanya kita yyang mesti pandai mencarinya...

Wallahu'alam..Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment